Monday, July 8, 2013

Arahan: Tiap-tiap soalan berikut diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A,B,C dan D. Hanya terdapat satu jawapan yang betul atau paling sesuai. Pilih jawapan tersebut.
Pulau Pinang dapat memenuhi semua keperluan Syarikat Hindia Timur British.


1.       Berdasarkan pernyataan di atas aapakah keperluan Syarikat Hindia Timur Inggeris?

I     Tempat persinggahan
II    Pengkalan tenteranya
III   Tempat mendapatkan hasil pertanian
IV    Tempat mengumpul barang dagangan

A.      I, II dan  III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan  IV
D.      II,  III dan IV

Pada tahun 1791, Francis Light  mendapatkan bantuan tentera British dan melancarkan serangan terhadap Kedah.


2.       Mengapakah Francis Light melancarkan seranga tersebut?
A.      Sultan Kedah menyekat bekalan makanan ke Pulau Pinang.
B.      Sultan Kedah enggan menyerahkan Seberang Perai kepada Francis Light
C.      Sultan Kedah bersubahat dengan orang Bugis untuk menentang Francis Light
D.      Sultan Kedah bersiap sedia untuk menyerang Pulau Pinang dari Seberang Perai

Syarikat Hindia Timur Inggeris hendak menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan tentera di kepulauan Melayu.


3.       Berdasarkan maklumat di atas apakah tujuannya?
A.      Meluaskan kuasanya
B.      Menyekat pengaruh Belanda
C.      Menghapuskan pengaruh Bugis
D.      Mempertahankan petenpatannya di India

Pada kurun ke-18, kerajaan Kedah menghadapi ancaman dari luar.


4.       Berdasarkan maklumat di atas, ancaman dari luar yang dimaksudkan ialah
I     ancaman Siam
II    ancaman Bugis
III   ancaman Burma
IV   ancaman British

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV

5.       Apakah usaha yang dilakukan oleh Sultan Kedah untuk menangani masalah ancaman dari luar pada kurun ke-18?
A.      Meminta bantuan British
B.      Meminta bantuan orang tempatan
C.      Meminta pertolongan dari negara jiran
D.      Meminta pertolongan dari kawasan naungannya


Tahun
1770
Peristiwa
Pergolakan di istana Kedah

6.       Berdasarkan rajah di atas, pergolakan itu berpunca daripada
A.      Perlantikan Sultan yang baharu
B.      Perlantikan Bendahara yang baharu
C.      Perlantikan Raja Muda yang baharu
D.      Perlantikan Temenggung yang baharu


Stamford Raffles bercita-cita untuk mendapatkan Singapura. Walau bagaimanapun, Raffles menghadapi masalah yang rumit.


7.       Apakah masalah yang dimaksudkan?
A.      Perebutan takhta Johor
B.      Pengaruh Belanda di Johor
C.      Perpecahan dalam kalangan pembesar
D.      Penentangan rakyat terhadap British

·         Francis Light
·         Sultan Muhammad Jiwa


8.       Pada tahun 1771, kedua-dua orang tokoh di atas telah berunding dan menandatangani satu perjanjian. Apakah syarat perjanjian itu?
A.      Firma dibenarkan menduduki Pulau Pinang
B.      Firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah
C.      Firma dilarang menempatkan tenteranya di Seberang Perai
D.      Firma tidak boleh memberi bantuan ketenteraan kepada kuasa lain






Perang Napoleon 1793

Surat-surat Kew 1795

Implikasi  X


9.       Rajah menunjukkan implikasi daripada Perang Napoleon. Apakah Implikasi X ?

A.      Pengambilan tanah jajahan British di Timur oleh Perancis
B.      Penyerahan tanah jajahan British di Timur kepada Belanda
C.      Penyerahan tanah jajahan Belanda di Timur kepada British
D.      Pengambilan tanah jajahan Belanda di Timur oleh Perancis

10.     Antara berikut, faktor manakah yang mendorong British membentuk Negeri-negeri Selat pada tahun 1826?

I      Memajukan perdagangan
II     Menjimatkan perbelanjaan
III    Menyeragamkan pentadbiran
IV    Meluaskan kuasa di perairan Selat Melaka

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV


11.     Antara berikut pernyataan manakah yang menerangkan kepentingan Singapura kepada SHTI?

I     Sebagai pelabuhan perdagangan bebas
II    Sebagai pengkalan untuk menyaingi pelabuhan Betawi
III   Sebagai pangkalan tentera untuk menghadapi ancaman Perancis
IV   Sebagai pangkalan untuk meluaskan kuasa di kepulauan Melayu

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV


12.    Apakah taktik yang digunakan oleh Stamford Raffles untuk bertapak di Singapura secara rasmi?
A.      Menabalkan Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
B.      Mengakui Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor
C.      Menandatangani perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman
D.      Membayar pampasan kepada Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman








Tahun 1867

Pentadbiran Negeri-negeri Selat dipindahkan dari  India ke London


13.    Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perpindahan tersebut?

I     Akta Mata Wang
II    Pergaduhan kongsi gelap
III   Masalah buangan banduan
IV   Pertukaran dasar kerajaan Britain

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV

14.    Mengapakah Tengku Abdul Rahman dilantik sebagai Sultan pada tahun 1812 walaupun beliau bukan putera sulung Sultan Mahmud III?

A.      Beliau mendapat sokongan orang Belanda
B.      Beliau lebih berpengalaman dalam pentadbiran
C.      Tengku Hussein tidak berminat pada pentadbiran negeri
D.      Tengku Hussein tidak ada dalam negeri ketika ayahandanya mangkat

15.    Apakah faktor utama yang menyebabkan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824?

A.      Pendudukan British di Singapura
B.      Perlantikan Tengku hussein sebagai Sultan Johor
C.      Perkembangan Singapura sebagai pelabuhan bebas
D.      Perbalahan antara pedagang Inggeris dengan pedagang Belanda


Pada tahun 1870-an, British campurtangan secara langsung di negeri-negeri Melayu


16.    Antara berikut, keadaan apakah yang mendorong British campurtangan?

I    Kekayaan hasil galian
II   Permintaan kongsi gelap
III  Persaingan kuasa Eropah lain
IV  Desakan pedagang-pedagang di Negeri-negeri Selat

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV


17.    Apakah faktor utama yang menyebabkan kerajaan British mengubah dasar tidak campurtangan kepada dasar campurtangan di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1873?

A.      Pergaduhan kongsi gelap
B.      Perebutan takhta kerajaan di negeri-negeri Melayu
C.      Parti Liberal mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan British
D.      Parti Konservatif mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan Briti

Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Sagor, ketua kongsi gelap Cina berkumpul di kapal British, H.M.S. Pluto untuk menandatangani Perjanjian Pangkor dengan British.


18.     Apakah kesan perjanjian tersebut?

I     Kongsi gelap Cina diharamkan
II    Ngah Ibrahim diakui sebagai Raja Muda
III   Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak
IV   British mula menguasai pentadbiran dan ekonomi negeri Perak

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV


19.     Mengapakah perlantikan Raja Abdullah sebagai pembesar daerah Klang ditentang oleh Raja Mahadi?

A.      Daerah Klang kaya dengan bijih timah
B.      Raja Abdullah bersubahat dengan British
C.      Raja Abdullah bukan berasal dari kerabat DiRaja Selangor
D.      Daerah Klang pernah diletakkan di bawah kekuasaan ayahnya


Peristiwa
·         Perang Klang
·         Rompakan kapal dagang British berhampiran Langat
·         Serangan terhadap rumah api di Tanjong Rachado

20.    Apakah kesan penting daripada peristiwa-peristiwa di atas?

A.      Selangor berpecah belah
B.      Selangor menerima Residen British
C.      Selangor memperkukuh pertahanannya
D.      Selangor diserahkan kepada Tengku Kudin


·         Ghee Hin
·         Hai San


21.    Antara berikut pernyataan yang manakah BENAR tentang senarai di atas?

I     Dianggotai oleh pelombong Cina
II    Menimbulkan kekacauan di dalam negeri
III   Ditubuhkan oleh British untuk mengawal pelombong Cina
IV   Membantu Sultan Melayu menamatkan perang saudara

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV

22.    Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato’ Bandar Kulop Tunggal?

A.      Pusat pentadbiran
B.      Kekayaan bijih timah
C.      Pelabuhan perdagangan
D.      Tempat pungutan cukai


Majistret
Seri Menanti

Pemungut      Hasil
Rembau


Jelebu


23.    British telah menempatkan pegawai-pegawai British di daerah-daerah tersebut di atas. Apakah peranan penting pegawai-pegawai tersebut?
I      Memungut cukai
II     Menguatkuasakan undang-undang British
III    Mempertahankan daerah daripada ancaman musuh
IV    Melatih pemimpin tempatan dalam bidang pentadbiran

A.      I dan II                                                          C.   III dan IV
B.      II dan III                                                       D.   I dan IV
24.    Apakah faktor utama yang menyebabkan British menguasai Pahang?

A.      Kekayaan sumber galian
B.      Perebutan takhta kerajaan
C.      Permintaan Sultan Pahang
D.      Kebimbangan pertapakan kuasa-kuasa lain di Pahang

British  memujuk Sultan Ahmad untuk menerima Residen British tetapi tidak berjaya.


25.    Apakah alasan yang digunakan oleh pihak British yang menyebabkan Sultan Ahmad menerima seorang Residen British pada tahun 1888?
A.      Perang saudara di Pahang
B.      Pencerobohan pengusaha Barat di Pahang
C.      Persengketaan kongsi gelap Cina di Pahang
D.      Pembunuhan seorang rakyat British berhampiran istana Sultan

Kuasa
Petempatan
Rusia
Ujung Salang
Perancis
Lembah Menam Chao Phraya
Amerika Syarikat
Terengganu

26.    Jadual di atas menunjukkan cita-cita kuasa Barat untuk membuka petempatan baru di kawasan-kawasan tersebut. Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menghalang kuasa-kuasa Barat tersebut?

A.      Mendesak Sultan menerima Residen British
B.      Mendirikan kubu pertahanan di Negeri-negeri Selat
C.      Meluaskan pengaruh di ke Negeri-negeri Utara Tanag Melayu
D.      Menandatangani perjanjian sulit dengan sultan-sultan Melayu


Sistem Residen yang diamalkan di negeri-negeri Melayu mempunyai banyak kelemahan


27.    Antara berikut pernyataan manakah yang menerangkan kelemahan Sistem Residen?

I     Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam
II    Residen mempunyai kuasa yang terlalu banyak
III   Residen tidak diberi panduan tentang tugas mereka
IV   Residen British gagal menasihati sultan dalam hal pentadbiran

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV
Durbar
 
 




Tahun
Tempat
1897
Kuala Kangsar
1903
Kuala Lumpur
28.    Apakah isu penting yang telah dibincangkan dalam Persidangan Durbar Kedua yang diadakan pada tahun 1903?

A.      Masalah orang Melayu
B.      Pembubaran Persekutuan
C.      Adat resam penduduk tempatan
D.      Pemusatan kuasa Residen Jeneral


29.    British telah menyerahkan wilayah Tabal iaitu sebuah daerah di Kelantan kepada Siam. Apakah kesan penyerahan itu?
A.      Sultan Kelantan merampas semula wilayah Tabal
B.      Sebilangan penduduk di Tabal berhijrah ke Kelantan
C.      Sebilangan penduduk melancarkan pemberontakan terhadap Siam
D.      Sultan Kelantan tidak mahu lagi menghantar bunga emas kepada Siam

30.    Apakah faktor utama yang menyababkan sultan dan para pembesar Melayu tidak puas hati dengan sistem Residen?
A.      Mereka tidak bebas
B.      Mereka kehilangan kuasa
C.      Mereka melucutkan jawatan
D.      Mereka tidak terlibat dalam pentadbiran

·         Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
·         Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911


  1. Apakah persamaan peranan kedua-dua perkara di atas?
A.      Menggubal undang-undang
B.      Mengekalkan kedaulatan negeri
C.      Menjamin kebebasan rakyat jelata
D.      Menjalin hubungan dengan kuasa asing

·         Kuasa perundangan ke atas rakyat British di Siam dilaksanakan oleh Konsul British
·         Rakyat British di Siam diadili mengikut sistem perundangan British



  1. Rakyat British di Siam menikmati keistimewaan tersebut kerana British diberi
A.      Hak kebebasan
B.      Hak wilayah imigran
C.      Hak wilayah asingan
D.      Hak wilayah naungan

Johor Berjaya mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914


  1. Apakah faktor-faktornya ?
I     Kekayaan sumber alam
II    Kekuatan angkatan tentera
III   Kebijaksanaan pemerintah
IV   Hubungan baik dengan British

A.      I dan II                          B. II dan III                          C. III dan IV                        D. I dan IV

1897
Perjanjian Sulit British - Siam
1902
Perjanjian Perisytiharan British - Siam
1909
Perjanjian Bangkok

  1. Apakah tujuan British menandatangani perjanjian tersebut dengan Siam?
A.      Menjaga kedaulatan Siam
B.      Menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara
C.      Memelihara hubungan baik dengan Siam
D.      Menjalin hubungan perdagangan dengan Siam


  1. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Sistem Kangcu yang diamalkan di Johor?
I    Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar
II   Kangcu memerintah dan memungut cukai di Kangkar
III  Kangcu diberikan surat sungai untuk mengusahakan pertanian
IV  Diperkenalkan untuk mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir

A.      I, II dan III                                                  
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV

  1. Sultan Abu Bakar menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895. Apakah yang terkandung dalam perlembagaan itu?
I    Majlis Mesyuarat Menteri menasihati sultan
II   Sultan dilantik oleh Majlis Mesyuarat Menteri
III  Majlis Mesyuarat Negeri menggubal undang-undang
IV  Sultan tidak boleh menyerahkan negeri kepada kuasa asing

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV


Pada tahun 1885, Sultan Abu Bakar menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan British


  1. Apakah kepentingan perjanjian itu kepada Sultan Abu Bakar?
I    Baginda diiktiraf sebagai Maharaja Johor
II   Baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London
III  Baginda dapat mengekalkan Johor sebagai negeri yang bebas dan berdaulat
IV  Baginda mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi 
 British

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV


  1. Pentadbiran Pangeran Indera Mahkota di Sarawak tidak disukai oleh pembesar-pembesar tempatan Sarawak kerana
A.      Pembesar kehilangan kuasa
B.      Penglibatan pegawai British
C.      Perhubungannya dengan British
D.      Penghapusan adat resam orang tempatan


·         Orang Kaya
·         Temenggung
·         Menteri Darat


  1. Apakah peranan pembesar-pembesar yang tersebut di Sarawak sebelum kurun ke-19?
A.      Mentadbir wilayah Sarawak
B.      Memajukan kawasan pedalaman
C.      Menguatkuasakan undang-undang
D.      Menguasai perlombongan antimoni

Tahun
Peristiwa
1841


1842


1846
·         James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak
·         James Brooke diiktiraf sebagai Raja Putih Sarawak
·         X

  1. Berdasarkan maklumat di atas, apakah X ?
A.      Raja Sarawak yang merdeka
B.      Raja di pinggir pantai Sarawak
C.      Raja Sarawak yang diletakkan di bawah naungan Brunei
D.      Raja Sarawak yang diletakkan di bawah naungan British


  1. Antara berikut yang manakah terkandung dalam Perlembagaan Sarawak 1941?
I      Raja Sarawak berkuasa mutlak
II     Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi
III    Raja boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri
IV    Raja Sarawak melantik kebanyakan anggota Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri

A.      I, II dan III
B.      I, II dan IV
C.      I, III dan IV
D.      II, III dan IV


 







  1. Mengapakah Pangeran Indera Mahkota ditentang oleh kaum bumiputera Sarawak?
I     cukai tinggi
II    buruh paksa
III   ambil alih kuasa
IV   campurtangan dalam adat resam

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV

  1. Bagaimanakah Pangeran Raja Muda Hashim menamatkan kebangkitan penduduk di Sarawak pada tahun 1830-an?
A.      Beliau meminta bantuan orang Belanda
B.      Beliau meminta bantuan James Brooke
C.      Beliau bekerjasama dengan pembesar tempatan
D.      Beliau meminta Dato Patinggi menghentikan pemberontakan dengan menawarkan ganjaran

Kaum
Pekerjaan
Melayu
Iban
Cina
Sikh
Pentadbir
Tentera
Pedagang
Polis

  1. Jadual di atas menunjukkan kaum-kaum yang terdapat di Sarawak dan pekerjaan mereka semasa pemerintahan keluarga Brooke. Apakah kesan daripada keadaan di atas?
A.      Meningkatkan kemahiran pekerja
B.      Menggalakkan perpaduan antara kaum
C.      Mengembangkan pengkhususan pekerjaan
D.      Mengukuhkan kedudukan keluarga Brooke

Mengetuai orang Melayu mencetuskan pemberontakan di Sarawak
 
Datu Patinggi Ali
 
 




  1. Apakah tujuan utama pemberontakan itu diadakan?
A.      Menguasai kawasan lombong antimony
B.      Mengusir Pangeran Raja Muda Hashim
C.      Meluaskan pengaruh di wilayah Kuching
D.      Membebaskan Sarawak daripada kekuasaan Brunei

Majlis Tertinggi
·         Residen Bahagian Pertama
·         Empat orang Datu Melayu

  1. Apakah tugas utama majlis di atas?
A.      Memungut cukai
B.      Menjaga keamanan
C.      Menjalin hubungan luar
D.      Meluluskan undang-undang
  1. Mengapakah keluarga Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah Dayak?
A.      Kekurangan guru
B.      Kekurangan bilangan pelajar Dayak
C.      Hendak mereka belajar di sekolah Inggeris
D.      Hendak mengekalkan cara hidup tradisional mereka


  1. Dalam pemerintahan negeri Sarawak, James Brooke melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan. Apakah tujuan utama James Brooke berbuat demikian?
A.      Mengekalkan nilai tradisi tempatan
B.      Membalas jasa pemimpin tempatan
C.      Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
D.      Memberi latihan kepada pemimpin tempatan dalam pentadbiran


·         Sekolah Merpati Jepang
·         Sekolah Encik Buyong

  1. Sekolah di atas ialah sekolah Melayu yang didirikan oleh kerajaan Brooke di Sarawak. Apakah tujuan pembinaan sekolah tersebut?
I     Memberi latihan kepada orang Melayu menjadi peniaga
II    Memberi latihan kepada orang Melayu menjadi guru sekolah Melayu
III   Memberi latihan kepada orang Melayu menjadi kakitangan rendah kerajaan
IV   Memberi latihan kepada orang Melayu menjadi petani dan nelayan yang lebih 
       Baik

A.      I dan II
B.      II dan III
C.      III dan IV
D.      I dan IV

  1. Di Sarawak kes jenayah dan  kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh
A.      Ketua-ketua mereka
B.      Penasihat
C.      Hakim
D.      Raja Sarawak

  1. Mengapakah manusia zaman paleolitik tinggal di dalam gua?
A.      Mendapatkan alat batu
B.      Mendapatkan makanan
C.      Mendapatkan bahan api
D.      Mendapatkan perlindungan
  1. Apakah maksud yang dibawa oleh perkataan syajaratun?
I     Pohon
II    Asal usul
III   Salasilah
IV   Peristiwa

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV


  1. Senarai di bawah berkaitan dengan sumber sejarah.
·         Fosil
·         Surat perjanjian
·         Keterangan lisan


Apakah jenis sumber sejarah di atas?
A.      Sumber arkeologi
B.      Sumber pertama
C.      Sumber kedua
D.      Artifak


·         Srivijaya
·         Chih Tu
·         Kedah Tua

  1. Senarai di atas menunjukkan beberapa kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah cirri-ciri penting kerajaan-kerajaan tersebut?
I    Pusat perkembangan agama
II   Terletak di pesisiran pantai
III  Ekonomi berdasarkan perdagangan
IV  Penduduk mahir dalam perkapalan

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV








Parameswara meninggalkan Palembang dan menuju ke Temasik

  1. Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah Parameswara meninggalkan Palembang?
A.      Menjelajah ke dunia baru
B.      Menjalanlan perdagangan
C.      Menubuhkan kerajaan Melaka
D.      Mengelakkan serangan Majapahit


  1. Nama “Melaka” juga dikatakan berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud
A.      Pasar yang umum
B.      Pemerintah agung
C.      Pusat perdagangan
D.      Perhimpunan segala dagang


Perang Tiga Segi (1521 – 1641)


  1. Perang Tiga Segi meletus selama seratus tahun. Kerajaan-kerajaan yang terlibat dalam peperangan tersebut ialah
I    Pahang
II   Johor
III  Acheh
IV  Melaka

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV


·         Kataha
·         Kalagam
·         Cheh-Cha

  1. Senarai di atas merujuk kepada nama sebuah kerajaan. Apakah kerajaan tersebut?
A.      Perak
B.      Kedah
C.      Pahang
D.      Kelantan


  1. Mengapakah ahli-ahli sejarah tempatan berpendapat bahawa kerajaan Melayu Johor sebagai penyambung kewibawaan kerajaan Melayu Melaka?
I    Sultan-sultan Johor berasal dari keturunan Sultan Melaka
II   Johor mengamalkan sistem pemerintahan yang diasas dan diamalkan oleh kerajaan
      Melayu Melaka
III  Johor menjalin hubungan persahabatan yang erat dengan Malaka
IV  Johor mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa
      selepas kejatuhan Melaka

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV

 



 
Sumber Kedua
 
 



  1. Rajah di atas berkaitan dengan sumber sejarah. Maklumat yang manakah merupakan sumber kedua?
I.                    Majalah                             III. Laporan tahunan jabatan
II.                  Ensiklopedia                IV. Batu Bersurat Terengganu

A.      I, II dan III                   B. I, II dan IV                      C. I, III dan IV                     D. II, III dan IV



KERTAS SOALAN TAMAT






Disediakan oleh,                                                                                  Disemak oleh,


...............................................                                                                 ................................................
(En. Ariputhiran Narayanan)                                                                            (Puan Kathirmathi)                            
                                                                                                                                Pen.Ketua Panitia Sejarah